Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola sepak Sukan SEA: S'pura atasi Filipina 1-0; perlu pantas tingkat persembahan

Jun 01, 2015 | 10:25 PM



SKUAD bola sepak Singapura membuka tirai kempen Sukan Asia Tenggara (SEA) dengan meraih kesemua tiga mata yang didamba; tetapi kemenangan tipis 1-0 ke atas Filipina mencadangkan lagi banyak peningkatan diperlukan jika ia ingin mara lebih jauh dalam pertandingan.


Gol tunggal perlawanan pertama Kumpulan A itu dijaringkan oleh Sheikh Abdul Hadi Sheikh Othman pada minit ke-45. Pemain bek tengah itu melompat paling tinggi bagi menanduk masuk tendangan percuma Safirul Sulaiman dari sayap kanan; dengan penjaga gawang Filipina Florencio Badelic Jr tercegat beberapa meter dari garisan gawang.


Singapura mencipta lebih banyak peluang, tetapi mensesiakan beberapa peluang gol ketara sepanjang perlawanan, dengan Stanely Ng bersalah merembat bola lemah ke arah Badelic pada minit ketiga, walau tanpa diberi tekanan dalam posisi satu lawan satu.


Sahil Suhaimi dan Faris Ramli beberapa kali berganding baik bagi membuka ruang, terutama dalam babak pertama. Malah Sahil dua tiga kali menguji Badelic; dan memperdayakannya 12 minit sebelum tamat babak pertama, tetapi rembatannya melantun keluar setelah mengena tiang.


Shakir Hamzah menapak bola ke dalam gawang ekoran kekeliruan yang tercetus di petak penalti Filipina pada minit ke-30, tetapi gol itu dibatalkan pengadil Hiroyuki Kimura dari Jepun yang mendakwa Badelic dikasari.


Kemasukan Irfan Fandi dalam minit ke-35, bagi menggantikan Shamil Shariff, merancakkan serangan Singapura, tetapi ia juga menimbulkan tanda tanya mengapa Shamil disertakan dalam kesebelasan utama.


Babak kedua mengundang adegan yang serupa, dengan Singapura mencipta lebih banyak peluang gol tanpa menyudahkannya.


Malah, Filipina hampir menyumbat gol penyamaan di awal babak kedua, tetapi Francisco Santos gagal memperdaya Syazwan dari posisi satu lawan satu


Peluang terbaik disesiakan oleh Sahil Suhaimi pada minit ke-65. Irfan, yang sebelum itu lincah menggelecek bola di sayap kanan bak 'berdansa' bagi meloloskan diri dan menghantar bola tepat kepada Sahil. Namun, Sahil tanpa tekanan membuat rembatan voli yang tersasar beberapa inci dari tiang gol.


Singapura bertemu Myanmar - yang dianggap Aide Iskandar sebagai antara pesaing utama Kumpulan A - pada 4 Jun.


Jika anak didiknya terus mensesiakan peluang dan gagal meningkatkan mutu permainan, nasib mungkin tidak lagi menyebelahi pasukan dan padah boleh menimpa.


Dalam perlawanan Kumpulan B, Thailand menewaskan Timor Leste 1-0 di Stadium Bishan.


Singapura B23: Syazwan Buhari, Shakir Hamzah, Sheikh Abdul Hadi, Adam Swandi, Sahil Suhaimi (min ke-84), Shamil Sharif (Irfan Fandi, min ke-38), Faris Ramli, Al-Qaasimy Abdul Rahman (Kapten), Stanely Ng (Amy Recha, min ke-65), Safirul Sulaiman


Filipina B23: Florencio Badelic Jr, Neil Dorimon, Daviz Fitch Johnson Arboleda (Nathanael Alquiros, min ke-60), Julian Mariano Clarino, Arnel Amita, Paolo Bugas (Kennedy Uzoka, min ke-20), Jaime Vicenzo Cheng, Paolo Salenga, Francisco Jose Primo Santos, Shirmar Felongso, Gerardo Lii Valmayor (Kapten)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >