Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola sepak Sukan SEA: Tekanan bertambah selepas S'pura tumpas 2-1 kepada Myanmar

Jun 05, 2015 | 12:23 AM



SEBELUM permainan, jurulatih Aide Iskandar berkata kekalahan kepada Myanmar malam ini (Khamis, 4 Jun) akan mengundang tekanan tambahan yang tidak diingini.


Namun di wisel penamat di Stadium Jalan Besar, papan jaringan yang menunjukkan 2-1; dan berpihak kepada Myanmar - yang kini mendahului Kumpulan A -  bukan sahaja mengundang tekanan tambahan ke atas pemain;  malah meluntur keyakinan awam ke atas keupayaan mereka melangkah lebih jauh dalam pertandingan.


Singapura, yang terdesak menunjukkan permainan yang lebih baik daripada perlawanan pertama, mengasak lawan dari wisel pertama, menutup ruang dan beberapa kali memaksa Myanmar menghantar bola ke belakang.


Bagaimanapun, peluang gol ketara jarang dicipta, walau Sahil Suhaimi membuka beberapa peluang jaringan untuk dirinya sendiri.


Sebaliknya, Myanmar; disaksikan sekitar 3,000 penyokong yang hampir memenuhi separuh stadium berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan permainan selang 10 minit dan mula mengatur serangan yang mengancam.


Ia membuka tirai jaringan menerusi kapten Nay Lin Tun pada minit ke-23. Bola melantun bebas di depan gawang Singapura dari satu tendangan percuma dan Nay bertindak paling pantas, menendang bola ke dalam gawang Syazwan Buhari.


Gol itu mencetus beberapa adegan yang kurang diingini, dengan beberapa pemain Myanmar bergilir-gilir merebahkan diri dalam percubaan mendapat tendangan percuma termasuk penjaga gawang Kyaw Zin Phyo yang mendakwa Shakir Hazah menampar kepalanya.


Namun selang 10 minit, Singapura telah mengikat jaringan 1-1. Pemain Myanmar Ko Ko Thein Phyo menyentuh bola dengan tangan dalam petak penalti dan pengadil Yousef Almarzouq tiada pilihan lagi; memberi pasukan tuan rumah tendangan penalti. Faris Ramli, yang mengatasi kecederaan punggung bagi beraksi malam ini merembat bola ke penjuru kiri, memperdaya Kyaw.


Babak kedua bermula dengan rancak dan Singapura hampir menyumbat gol kedua menerusi percubaab leret Pravin Guanasagaran yang beraksi buat pertama kali.


Namun Myanmar mencuri gol kedua dari satu tendangan percuma dengan permainan berusia sejam.


Percubaan Ko Oo Ye dari jarak 30 minit tidak begitu deras, tetapi melantun di luar jangkauan Syazwan dan menyelinap ke penjuru kanan.


Dikejutkan gol itu, Singapura cuba mengubah corak permainan dan mendapatkan gol penyamaan. Aide menggantikan Stanely Ng dengan Irfan Fandi sementara Safirul Sulaiman dikeluarkan untuk memberi ruang kepada Suria Prakash.


Irfan menemui sasaran pada minit ke-77, tetapi gol yang dibatalkan kerana beliau didakwa mengasari Kyaw, walau ulang tayang televisyen menunjukkan kededua pemain bertembung dalam percubaan merebut bola.


Dengan perlawanan kian menghampiri 90 minit, Singapura terus memburu gol penyamaan, dengan Irfan paling hampir menyumbat gol.


Namun gol yang diburu tidak timbul dan pemain Singapura tersungkur ke padang di wisel penamat, dengan penyokong Myanmar memenuhi ruang angkasa JBS dengan sorakan lantang.


Singapura bertemu Kemboja pada 8 Jun dalam perlawanan yang kini perlu dimenanginya bagi mencerah harapan mara ke separuh akhir.


Dalam perlawanan Kumpulan B pada petang Rabu, Thailand mengecapi kemenangan ketiga berturut-turut selepas menewaskan Malaysia 1-0.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >