SEDANG pasukan bola sepak lelaki berusaha memenangi pingat emas pertama dalam sejarah Sukan SEA, malangnya tiada tempat bagi 'rakan wanita' mereka menunjukkan bakat mereka di temasya yang bakal berlangsung di tanah air pada Jun depan.
Malangnya, bola sepak wanita tidak termasuk dalam senarai terakhir 36 cabang sukan yang dipertandingkan di Sukan SEA Ke-28 di Singapura tahun depan sebagaimana yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Sukan SEA (SEAGF), Dr Tan Eng Liang, dalam sidang media semalam.