Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola sepak: Wenger antara pengurus terhebat, kata Alex Ferguson

Apr 21, 2018 | 05:34 PM



LONDON (Reuters) - Mantan pengurus Manchester United Alex Ferguson memberi penghormatan kepada pengurus Arsenal, Arsene Wenger, yang akan berundur menggambarkan pengurus asal Perancis itu sebagai "antara pengurus paling hebat dalam Liga Perdana".



Wenger mengumumkan pada Jumaat (20 April) bahawa beliau akan meninggalkan Arsenal pada akhir musim ini, mengakhiri kerjaya selama 22 tahun di kelab utara London itu.



Penghormatan kepada Wenger mencurah dari pelbagai pihak, tetapi kata-kata Ferguson sangat menyentuh memandangkan persaingan yang begitu lama di antara mereka yang sering berbalah sebelum Ferguson bersara pada 2013.



"Saya sangat gembira dengan Arsene Wenger, saya sangat menghormati beliau dan tugas yang telah dilakukannya di Arsenal," kata Ferguson dalam satu kenyataan di laman web United.



"Ia merupakan bukti besar tentang bakat, profesionalisme dan kesungguhan beliau yang telah beliau berikan selama 22 tahun daripada hidupnya melakukan tugas yang beliau  suka.



"Dalam era di mana pengurus bola sepak kadang-kadang hanya bertahan satu atau dua musim, ia memperlihatkan pencapaian khidmat dalam tempoh yang panjang di sebuah kelab saiz Arsenal.



"Beliau, tanpa ragu, merupakan salah seorang pengurus Liga Perdana yang paling hebat dan saya bangga menjadi pesaing, rakan kerja dan rakan kepada seorang lelaki yang hebat."



Wenger, 68 tahun,  menang tiga gelaran Liga Perdana dan tujuh Piala FA, termasuk kemenangan berganda pada 1998 dan 2002. Namun beliau berundur dengan Arsenal berada di tangga keenam Liga Perdana menjelang perlawanan menentang West Ham United pada Ahad.



Pasukan Wenger menghadapi Atletico Madrid di Sepanyol pada babak pertama separuh akhir Liga Europa pada minggu depan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >