MADRID: Eugenie Bouchard mendakwa banyak pemain lain dalam Persatuan Tenis Wanita (WTA) Tour berkongsi pandangan beliau berkaitan kembalinya Maria Sharapova selepas larangan dadahnya yang telah berlangsung selama 15 bulan, tetapi mereka "takut" untuk bersuara.
Bouchard menewaskan Sharapova buat pertama kali dalam lima permainan semasa pusingan kedua kejohanan Terbuka Madrid kelmarin dengan 7-5, 2-6, 6-4 seminggu selepas menggelarkan pemain warga Russia itu "penipu".