Bowling menang perak keempat Team S'pore

TEAM Singapore memenangi pingat perak keempat dan kedua bagi acara bowling dalam Sukan Asia Incheon 2014 awal tengah hari tadi apabila gandingan bertiganya bangkit merebut tempat kedua di hari kedua acara trios di Gimnasium Anyang Hogye.

Memulakan permainan di tempat keenam, gandingan Cherie Tan, New Hui Fen dan Jazreel Tan membuat sejumlah 3,753 jatuhan pin untuk menghalang dua pasukan tuan rumah Korea Selatan daripada menggondol dua tempat teratas acara trios.

Gandingan Lee Na Young, Jung Da Wun dan Son Yun Hee memenangi pingat emas dengan membuat 3,896 jatuhan pin, manakala rakan mereka - Lee Yeong Seung, Jeon Eun Hee dan Kim Jin Sun - meraih gangsa dengan membuat 3,692 jatuhan pin.

Satu lagi gandingan bertiga negara terdiri daripada Shayna Ng, Daphne Tan dan Joey Yeo menduduki tangga ketujuh, jatuh dari tempat keempat pada hari pertama dengan 3,639 jatuhan pin.

Kemenangan itu meningkatkan semangat pasukan bowling Team Singapore bagi menghadapi acara berpasukan hari ini dan Masters Khamis selepas menunjukkan persembahan kurang memuaskan dalam acara berdua (doubles) kelmarin apabila mereka terlepas memenangi pingat gangsa.

Pasukan bowling memungut pingat perak kedua Rabu lalu menerusi Jazreel dalam acara perseorangan wanita.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.