MEREKA cuba bangkit tetapi akhirnya gagal memberikan sentuhan penyudah bagi merebut pingat yang dihajatkan.
Demikian rumusan jurulatih pasukan bowling Team Singapore, Remy Ong, mengenai persembahan pasangan acara beregu - New Hui Fen dan Jazreel Tan - yang terlepas merebut pingat gangsa di Gimnasium Anyang Hogye lewat petang semalam.