PIALA FA ENGLAND

Bradford pelihara impian ke Wembley, mara ke suku akhir Piala FA selepas tewaskan Sunderland

PIALA FA yang cemerlang bagi Bradford City berterusan, selepas ia menewaskan Sunderland 2-0 bagi menempah tempat di suku akhir buat pertama kali sejak 1976.

Dalam pertemuan di tempat sendiri pagi Isnin, Bradford membuka tirai jaringan menerusi gol sendiri jaringan John O'Shea sebelum Jon Stead menggandakan jaringan pada minit ke-61. Ini bermakna Stead telah menjaringkan gol di setiap pusingan pertandingan bagi kelab Liga Satu itu.

Kemenangan ini memelihara impian Bradford ke separuh akhir di Wembley, di mana ia dijangka bertemu dengan salah satu gergasi Liga Perdana England - Liverpool, Arsenal atau Aston Villa - yang turut mara ke suku akhir.

Ia menewaskan pendahulu EPL Chelsea di pusingan keempat.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 67
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.