Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA 2014

Brazil atasi halangan pertama

Kontroversi berkaitan keputusan pengadil yang lemah membayangi kemenangan 3-1 Brazil ke atas Croatio dalam perlawanan pembuka tirai Piala Dunia 2014.
Jun 13, 2014 | 02:38 PM



NEYMAR muncul wira Brazil apabila dua gol jaringannya membantu pasukan tuan rumah bangkit menundukkan Croatia 3-1, setelah ketinggalan satu gol dalam perlawanan pembuka tirai Piala Dunia 2014 yang berakhir dengan kontroversi di Arena Sao Paolo pagi tadi.


Penyerang berusia 22 tahun itu menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-29 melalui percubaan leret dari luar petak penalti sebelum menggandakan jaringan menerusi tendangan penalti dalam minit ke-70. Namun gol kedua Brazil dibayangi kontroversi kerana ia dianugerahi penalti setelah Fred jatuh dengan dramatik setelah bahunya disentuh pemain Croatia dalam petak penalti.


Pemain Chelsea, Oscar melengkapkan persembahan peribadi yang hebat dengan menjaringkan gol ketiga Brazil dalam masa kecederaan.


Brazil memulakan permainan dengan perlahan dan ketinggalan 0-1 seawal minit ke-11 apabila pemain pertahanan Marcelo menjaringkan gol sendiri hasil satu hantaran lintang bahaya dari sayap kiri Croatia.


Walau menguasai permainan, Brazil gagal mencipta peluang gol ketara sehingga Neymar menemui sasaran 15 minit sebelum tamat separuh masa pertama.


Brazil kini mendahului Kumpulan A dengan tiga mata.


Ikuti sedutan perlawanan di:


http://www.fifa.com/worldcup/videos/highlights/match=300186456/index.html


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >