Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA 2014

Brazil hampa, diikat 0-0 oleh Mexico

Brazil gagal jaringkan gol di peringkat kumpulan buat julung-julung kali sejak 1978.
Jun 18, 2014 | 10:54 AM



KELAYAKAN Brazil ke pusingan selanjutnya masih belum terjamin dan ia kehampaan setelah diikat 0 - 0 oleh Mexico dalam perlawanan Kumpulan A di Estadio Castelao di Fortaleza pagi tadi.


Penjaga gawang Mexico, Guillermo Ochoa yang digugurkan oleh kelab Perancis Ajaccio awal tahun ini, dipilih sebagai pemain terbaik permainan selepas beliau bertindak cemerlang, menyelamatkan sekurang-kurangnya empat gol pasti hasil percubaan Neymar dan Paulinho dan Thiago Silva. Brazil yang kini memiliki empat mata mendahului Mexico melalui perbezaan gol di persada Kumpulan A, dengan Cameroon dan Croatia hanya dijadual beraksi esok.


Ini adalah kali pertama Brazil menggugurkan mata di peringkat kumpulan dalam tiga Piala Dunia berturut-turut dan kali pertama ia gagal menjaringkan gol di peringkat kumpulan sejak 1978.


Guillermo merebahkan tubuhnya secara akrobatik dalam minit ke-23 untuk menyelamatkan tandukan kencang Neymar sebelum menerpa keluar dari gawang untuk menutup ruang dan menyelamatkan percubaan Paulinho tiga minit sebelum waktu rehat.


Di sudut bertentangan, anak didik Miguel Herrera tidak segan menguji Julio Cesar dari jarak jauh dan hampir membuka tirai jaringan hasil rembatan kencang Hector Herrera yang berjaya ditepis keluar oleh Cesar. Separuh masa kedua bermula dengan rentak yang sama dengan kededua pasukan bergilir-gilir mengasak kubu lawan tanpa membuah ganjaran yang diharapkan.


Sekali lagi Guillermo muncul wira pasukan, meredakan beberapa keadaan bahaya, termasuk menyelamatkan satu percubaan Neymar dalam minit ke-65 dan tandukan kencang kapten Brazil Thiago Silva 10 minit sebelum tamat perlawanan.


Sementara itu, dalam satu perlawanan Kumpulan H di Belo Horizonte, Belgium bangkit selepas ketinggalan satu gol untuk menewaskan Algeria 2-1.


Marouane Fellaini (minit ke-70) dan Dries Mertens (minit ke-80) menemui sasaran untuk Belgium selepas Sofiane Feghouli membuka tirai jaringan menerusi penalti dalam minit ke 25.


Dalam perlawanan kedua Kumpulan H, penjaga gawang Russia Igor Akinfeev diselamatkan daripada menanggung malu oleh penyerang Alexander Kerzhakov yang menjaringkan gol penyamaan enam minit selepas Lee Keunho menjaringkan gol pembuka tirai untuk Korea Selatan. Akinfeev gagal mengawal rembatan Lee dan menamparnya ke dalam gawang sendiri dalam minit ke-68, sebelum Kerzhakov mengikat jaringan pada minit ke-74. Perlawanan berkesudahan 1-1.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >