Brazil menang 3-1 selepas diberi penalti kontroversial

PENYERANG harapan Brazil, Neymar, memenuhi jangkaan yang diletakkan ke atas bahunya dengan menjaringkan dua gol - satu menerusi tendangan penalti kontroversial - untuk membantu negara tuan rumah itu mencatat kemenangan sulung 3-1 ke atas Croatia dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia pagi tadi.

Dalam perlawanan yang menyaksikan Brazil mengambil masa agak lama menemui rentak sambanya, Croatia terlebih dulu membuat kejutan apabila mendahului pada minit ke-11 menerusi gol jaringan sendiri pemain bek Marcelo.

Namun, Neymar, yang dijangka menjadi pemain perhatian dan diharap dapat membantu Brazil melayakkan diri ke final, sekali gus menjuarai Piala Dunia kali ini, menyamakan kedudukan pada minit ke-29 sebelum menjaringkan tendangan penalti pada minit ke-71 untuk meletakkan Brazil di depan.

Pengadil Jepun, Yuichi Nishimura, memberikan tendangan penalti kontroversial itu selepasDejan Lovren dikatakan mengasari Fred tetapi rakaman televisyen menunjukkan penyerang Brazil itu sengaja menjatuhkan dirinya.

Pemain midfield penyerang Chelsea, Oscar, kemudian menjaringkan gol cantik pada saat-saat akhir masa kecederaan separuh masa kedua untuk menjamin kemenangan Brazil selepas upacara pembukaan penuh warna-warni di stadium Arena Corinthians di Sao Paulo.

ISMAIL ALI

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 75
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.