JOHANNESBURG: Jaringan hatrik Neymar, yang kedua untuknya di medan antarabangsa, membantu Brazil menang selesa 5-0 ke Afrika Selatan di tempat sendiri.
Penyerang Barcelona berusia 22 tahun itu merembat bola kencang ke penjuru gol untuk menggandakan jaringan dalam separuh masa pertama selepas Oscar membuka tirai jaringan dengan percubaan lambung yang menewaskan penjaga gawang