Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA 2014

Brazil tunjuk taring, mara ke separuh akhir selepas tundukkan Colombia 2-1

Kecederaan kepada Neymar di saat akhir perlawanan mengundang keprihatinan pasukan tuan rumah yang mungkin berdepan dengan Jerman tanpa penyerang azimat itu
Jul 06, 2014 | 06:00 AM



DUA gol oleh dua pemain pertahanannya membantu Brazil menundukkan Colombia 2-1 dalam perlawanan yang berkesudahan dengan cemas untuk pasukan tuan rumah di Fortaleza lewat dinihari Sabtu.


Kemenangan itu bermakna Brazil menempah temu janji dengan Jerman di separuh akhir di Belo Horizonte Selasa (8 Julai) ini.


Kapten Thiago Silva membuka tirai jaringan seawal minit ke-7 'melutut' bola ke dalam gawang, sebelum David Luiz menggandakan jaringan di pertengahan separuh masa kedua hasil satu tendangan percuma dari jarak 30 meter meluru deras ke penjuru gawang Colombia.


Namun gol penalti yang dijaringkan oleh James Rodriguez dalam minit ke-78 - golnya yang keenam di Brazil - menentukan kesudahan yang cemas untuk pasukan tuan rumah.


Meskipun begitu, Brazil berjaya bertahan dan mengekang asakan bertubi-tubi Colombia yang kian terdesak mencari gol penyamaan tetapi tidak berjaya sehingga akhir perlawanan.


Sementara itu, dalam adegan yang membimbangkan pasukan tuan rumah, penyerang azimat Neymar cedera setelah dikasari dan terpaksa diusung keluar pada minit ke-88.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >