Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Burnley buru tempat di Eropah dalam musim luar jangkaan

Nasib berbeza bagi dua kelab Liga Perdana England
Apr 22, 2018 | 05:30 AM



TIDAK ramai yang boleh menafikan bahawa Burnley telah melebihi jangkaan musim ini.



Dengan tempat di tangga ketujuh Liga Perdana England (EPL) hampir terjamin, pasukan yang dipimpin Sean Dyche kini masih berpeluang merampas tangga keenam daripada Arsenal dan merasai bola sepak Eropah musim depan.



Pencapaian ini lebih daripada membanggakan, kerana Burnley hanya mampu mendaki ke tangga ke-16 di akhir musim lalu, di mana ia bergelut untuk mengekalkan status di liga tertinggi di England.



Rekod kemenangan berterusan bagi Burnley - sepanjang lima perlawanan sejak Mac - musnah kelmarin, selepas ia tewas 1-2 kepada Chelsea.



Namun, Dyche telah membuktikan beliau mampu bersaing dengan nama-nama pengurus lebih terkenal seperti Antonio Conte, Pep Guardiola dan Jose Mourinho musim ini, walau disokong oleh pasukan tanpa pemain bertaraf bintang.



Dalam perlawanan dengan Stoke malam ini, Dyche dijangka memburu tiga mata maksimum, bukan sahaja untuk memperkukuh kedudukannya di tangga ketujuh - Leicester, di tangga kelapan, ketinggalan lapan mata, dengan musim berbaki tiga perlawanan selepas hujung minggu ini - malah untuk merebut tempat di Liga Eropah.



Dengan Arsenal menunjukkan 'form' tidak menentu sepanjang musim, tempat di Liga Eropah masih wujud untuk direbut dan Dyche tidak akan berpuas hati jika gagal membawa pasukannya ke pertandingan benua dengan kedudukan itu di dalam jangkauannya.



STRATEGI, FORMASI, KESEBELASAN UTAMA



Apa yang membuatkan Burnley berada pada kedudukan yang membanggakan dalam liga ialah kerana kemantapan skuad utama mereka pada setiap posisi.



Dengan Nick Pope sebagai penjaga gawang, James Tarkowski mengemudi barisan pertahanan dan Johann Berg Gudmundsson pula sebagai perancang utama di barisan tengah. Chris Wood dan Ashley Barnes pula ditugaskan menerajui barisan depan.



Malah berbekal prestasi hebat dengan Burnley musim ini, Pope dan Tarkowski telah dipilih menyertai skuad awal Gareth Southgate bagi Piala Dunia 2018 di Russia Jun ini - pencapaian yang baik bagi kededua pemain ini terutama Pope, yang hanya beberapa musim lalu masih menjual minuman di gerai jalanan.



Dyche dijangka akan menyusun pemainnya mengikut formasi 4-4-2 dengan mengharapkan kemantapan barisan pertahanan mereka yang dibentengi oleh Pope, Tarkowski, dan Berg Gudmunsson pengumpan utama dalam menggerakkan serangan, serta Wood dan Barnes sebagai tenaga penyudah.



PEMAIN TUNGGAK - Chris Wood



Sumbangan Wood mungkin dibayangi pemain lain seperti Pope, musim ini, tetapi Wood telah membuktikan beliau tangkas di depan gol.



Walau cedera di awal musim dan terlepas lebih 10 perlawanan liga, Wood telah menyumbat sembilan gol musim ini.



Malah, beliau telah menemui sentuhan di akhir musim, menjaringkan lima gol dalam enam perlawanan terakhir.



Pemain nasional New Zealand ini dijangka terus mengekalkan 'form' jaringannya dalam perlawanan ini, dengan sokongan Johann Berg Gudmundsson yang setakat ini telah merintis tujuh peluang gol untuknya.



Lantaran itu, Wood dan pasangan Barnes tidak mempunyai masalah mendapat peluang jaringan. Malah keduanya telah menjaringkan 17 gol setakat ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >