Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Cabaran baru, piala baru tapi serangan LionsXII masih tumpul macam dulu

Aug 13, 2014 | 09:35 PM



PIALA baru, semangat baru tetapi sentuhan penyudah LionsXII sama macam dulu.


Pasukan pimpinan Fandi Ahmad sekali lagi gagal menemui sentuhan penyudah yang diharap-harapkan apabila diikat 0-0 oleh Felda United dalam perlawanan pembukaan kempen Piala Malaysia musim ini di Stadium Jalan Besar (JBS) yang baru berakhir tadi (13 Ogos 2014).


Sebelum memulakan kempen Piala Malaysia ini, Fandi telah melahirkan harapan melihat anak didiknya menebus kekecewaan dalam Liga Super Malaysia (MSL) yang lalu lebih-lebih lagi selepas lebih separuh barisan LionsXII berpeluang menimba pengalaman berharga berlatih dan melalui beberapa perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab di Eropah semasa latihan khemah bersama skuad nasional selama 16 hari di Salzburg, Austria, baru-baru ini.


LionsXII mengakhiri cabaran musim MSL yang lalu dengan mengecewakan apabila sekadar menduduki tangga kelapan daripada liga sebanyak 12 pasukan itu.


Malangnya bagi Fandi dan penyokong pasukan, harapan melihat LionsXII kembali menyengat dan mencatatkan kemenangan dalam pembukaan Piala Malaysia ini tidak kesampaian dan keputusan seri itu tentunya tamparan hebat kepada peluang pasukan itu untuk mara ke pusingan selanjutnya dengan pertarungan sukar menentang Pahang dan pasukan Johor Darul Takzim 2 masih menanti.


Bagi Felda, yang melayakkan diri ke Piala Malaysia ini sebagai naib juara Liga Perdana iaitu liga divisyen dua Malaysia, keputusan menyekat LionsXII boleh dianggap satu kejayaan memberangsang dalam usahanya mengharungi cabaran pertandingan ini.


Dalam permainan separuh masa pertama yang agak membosankan dengan kededua pasukan terkial-kial untuk mencipta peluang jelas jaringan, pemain sayap LionsXII, Gabriel Quak terlepas peuang terbaik menemui sasaran.


Menerima hantaran jauh cemerlang daripada Shakir Hamzar, Gabriel hanya berhadapan penjaga gawang Felda, Farizal Harun. Malangnya, percubaan leret pemain itu tersasar daripada gawang lawan.


Keputusan Fandi memasukkan pemain lincah, Faris Ramli, yang menggantikan Hafiz Abu Sujad pada minit ke-51 merancakkan permainan LionsXII tetapi setiap serangannya berjaya dibendung benteng Felda.


Sedang LionsXII gigih mencari gol kemenangan, mujur mereka tidak menjadi mangsa gol serangan balas Felda yang nyaris mencuri kemenangan tetapi percubaan Makeche Ndumba berjaya diselamatkan dengan cemerlang oleh Izwan Mahbud pada minit ke-69 permainan.


LionsXII akan turun ke padang bagi pertemuan kedua kempen Piala Malaysianya ini dengan menentang Pahang di JBS Selasa depan.


ANWAR YAHYA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >