Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Cabaran Causeway: Walau seri 0-0, Singa tunjuk prestasi bersemangat

Oct 07, 2016 | 10:55 PM



BERTEMU buat pertama kali selepas Piala Suzuki AFF 2014, skuad bola sepak Singa gagal menebus kekecewaan lama itu apabila seri 0-0 dengan 'musuh tradisi' Malaysia dalam pertemuan Cabaran Causeway yang berakhir sebentar tadi (7 Oktober).

Dalam pertemuan dua tahun lalu itu, Harimau Malaysia menewaskan Singa 3-1 tetapi kemenangan yang diharap-harapkan hampir 25,000 penyokong Singa yang berada di Stadium Negara kali ini tidak menjadi kenyataan.

Kini dipimpin legenda bola sepak negara, V. Sundramoorthy, kesebelasan negara mempamerkan persembahan penuh bersemangat dan mengasak kubu pasukan pelawat bertali arus tetapi kecemerlangan penjaga gawang Harimau Malaysia, Khairulazhan Khalid, serta palang gawang pasukan itu menyelamatkan mereka.

Pemain midfield Singa, Izzdin Shafiq, disajikan peluang keemasan pertama perlawanan seawal minit ke-13 tetapi rembatannya diselamatkan Khairulazhan.

Bintang penyerang, Khairul Amri, serta Safuwan Baharudin turut mempunyai peluang membuka jaringan tetapi segala percubaan mereka juga gagal mencecah jaring gawang pasukan pelawat.

Di akhir permainan, Sundram boleh berpuas hati dengan persembahan bersemangat anak didiknya tetapi bagi jurulatih Malaysia, Datuk Ong Kim Swee, beliau tentunya sedar menghadapi tugas mencabar mempersiapkan pasukan sebelum memulakan cabaran di Piala Suzuki.

Selepas pertemuan ini, Sundram dan anak didiknya dijadualkan berlepas bagi satu lagi perlawanan ujian esok - menentang Hongkong pada 11 Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >