Topik diikuti
Pergi ke BHkuCabaran lebih besar menanti jaguh gimnastik muda negara
Cabaran lebih besar menanti jaguh gimnastik muda negara
Aizat dan rakan pasukan bakal bersaing dengan ahli gimnastik kelas dunia China, Jepun dan Korea
Cabaran lebih besar menanti jaguh gimnastik muda negara
Sep 18, 2014 | 5:30 AM
JIKA beliau telah berhadapan cabaran besar dalam Sukan Komanwel Glasgow baru-baru ini, cabaran lebih besar menanti jaguh gimnastik muda Singapura, Aizat Muhammad Jufrie, serta rakan pasukan apabila mereka turun bertanding dalam temasya Sukan Asia Incheon yang akan dirasmikan esok.
Ini kerana jaguh gimnastik berusia 18 tahun itu - yang akan mengambil bahagian dalam kesemua enam acara - bakal bersaing dengan ahli gimnastik handalan rantau Asia, termasuk dari China, Jepun dan tuan rumah, Korea, yang boleh dianggap kelas dunia.
