MENJELANG SUKAN SEA 2015

Cara inovatif kutip perkakas acara lontaran di Sukan SEA

PENONTON acara lontaran di Stadium Negara di Sukan Asia Tenggara (SEA) bulan depan akan menyaksikan kereta kawalan jauh kecil 'berlumba' di sekeliling padang.

Kereta skala kecil Volvo XC90 itu ialah unit pengambil peralatan rasmi bagi acara atletik itu di Sukan SEA ke-28 yang berlangsung dari 5-16 Jun.

Berukuran 90 sentimeter kali 45 sentimeter, kereta jenis SUV itu seberat 15 kilogram dan boleh mencecah kelajuan sehingga 100 kilometer sejam; dan akan digunakan bagi mengutip lembing, cakera dan tukul sejurus selepas ia dilontar atlit, mempercepatkan proses dan membenarkan atlit seterusnya membuat lontaran tanpa menunggu lebih lama.

Ia telah dipasangkan dengan cangkuk khas bagi 'menggenggam' lembing dan peralatan lontaran lain.

Ketua NOC dan Sukan, Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Encik Bob Gambardella berkata cara ini adalah inovatif dan meningkatkan keberkesanan proses dalam acara melontar.

"Ia mengurangkan keperluan tenaga manusia; dan membenarkan pegawai kami lebih banyak masa membuat persediaan bagi lontaran selanjutnya," katanya.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.