CHEF-DE-MISSION kontinjen negara di Sukan Olimpik Rio pada Ogos ini, Low Teo Ping, kelmarin melahirkan keyakinan beliau tentang peluang Team Singapore mengutip pingat di temasya sukan itu - lebih baik daripada pencapaian membawa pulang dua pingat gangsa di Olimpik London 2012.
Kejayaan di edisi temasya empat tahun lalu itu - kededua gangsa dimenangi melalui sukan tenis meja - juga secara kebetulan adalah pencapaian terbaik Singapura dalam sejarah Sukan Olimpik.