Liga Juara-Juara Eropah

Chelsea-Atletico Madrid seri, Cech dan Terry cedera

MADRID (Sepanyol): Pasukan Chelsea hanya mampu mencatat keputusan seri 0-0 semasa menentang Atletico Madrid awal pagi tadi, waktu Singapura.

Pasukan pimpinan Jose Mourinho kini menghadapi laluan lebih sukar dalam menghadapi detik-detik akhir persaingan merebut kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris kerana penjaga gol Petr Cech akan terlepas baki aksi musim ini selepas tercedera dalam perlawanan pagi tadi.

Selain penjaga gawang mereka, ketua pasukan, John Terry juga akan terlepas baki saingan Liga Perdana Inggeris akibat kecederaan kaki yang dialami pada separuh masa kedua dalam perlawanan tersebut.

Berbanding Cech, Terry bagaimanapun masih boleh pulih untuk beraksi pada perlawanan akhir pada 24 Mei ini jika Chelsea berjaya mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah

Cech, 31, mengalami kecederaan bahu akibat terjatuh selepas menghalang asakan Raul Garcia semasa sepakan sudut Atletico pada minit ke-17.

"Musim Petr Cech sudah berakhir. Jangan tanya saya soal teknikal tetapi musimnya sudah berakhir," kata Mourinho.

"Untuk John pula, kami perlu bermain di final untuk beliau beraksi dengan kami."

Chelsea akan berhadapan dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool dalam perlawanan penentuan kejuaraan dan perlawanan separuh akhir kedua dengan Atletico Rabu depan. - AFP.

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.