Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Chelsea belasah Swansea; Man U dan Liverpool turut catat kemenangan

Jan 18, 2015 | 11:36 AM



LONDON: Pendahulu Liga Perdana England (EPL), Chelsea, membuktikan azam merebut semula mahkota musim ini selepas membelasah Swansea City 5-0 - dengan empat golnya itu tiba dalam babak pertama permainan - untuk membolehkan pasukan pimpinan Jose Mourinho melebarkan jurang di tangga teratas kepada lima mata.


Bintang midfield Brazil, Oscar, dan penyerang Sepanyol, Diego Costa masing-masing menyumbatkan dua gol dalam 36 minit pertama permainan untuk memusnahkan Swansea dengan pemain gantian, Andre Schuerrle, menemui sasaran pada minit-minit terakhir permainan bagi kemenangan besar Chelsea ini.


"Ia satu persembahan yang sempurna sekali. Segalanya menjadi bagi kami," akur pengurus Chelsea, Mourinho, yang tentunya berharap melihat Arsenal menyekat Manchester City dalam pertemuan malam ini (18 Januari) nanti.


Turut mencatatkan kemenangan ialah Manchester United apabila gol-gol Marouane Fellaini dan James Wilson membolehkan kelab Old Trafford itu menewaskan pasukan corot Queens Park Rangers (QPR) 2-0.


Southampton pimpinan Ronald Koeman pula mengukuhkan kedudukan mereka di tangga ketiga untuk menempah tempat ke Eropah musim depan dengan kemenangan hebat 2-1 ke atas Newcastle United.


Pemain yang baru dipinjam daripada kelab Jerman, Werder Bremen, Eljero Elia, muncul wira dengan menyumbatkan kededua gol Southampton. Kemenangan itu memberikan Southampton 40 mata manakala United di belakangnya dengan 38 mata.


Sementara itu, gol lewat Christian Eriksen membolehkan Tottenham Hotspur mencatatkan kemenangan ketujuh liga di padang sendiri dengan menumpaskan Sunderland 2-1.


Liverpool meneruskan peningkatan selepas memulakan musim dengan mengecewakan apabila gol-gol Fabio Borini dan Rickie Lambert membantunya pulang dengan tiga mata ekoran kemenangan 2-0 di padang Aston Villa. kk




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >