LIGA PERDANA ENGLAND

Chelsea benam Stoke, perkukuh tempat di persada liga

CHELSEA menjamin kedudukannya di persada Liga Perdana England menjelang cuti Hari Krismas selepas menewaskan Stoke City 2-0 di Stadium Britannia dini hari Selasa.

Kapten John Terry membuka tirai jaringan dua minit selepas wisel pertama sebelum Cesc Fabregas menggandakan jaringan di penghujung perlawanan.

Kemenangan itu bermakna Chelsea kini mendahului liga dengan 42 mata daripada 17 perlawanan, lebih tiga mata daripada pesaing terdekat Manchester City.

Chelsea bertemu West Ham, sementara City bertemu West Brom Jumaat nanti. - AFP, Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.