PARIS: Chelsea dianggap tidak 'sekuat' dahulu musim ini, tetapi ia bertandang ke Paris Saint-Germain (PSG) bagi pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah dinihari esok dengan keyakinan baru.
Dua bulan lalu, PSG dianggap pasukan pilihan memenangi perlawanan ini - ia gagah, terutama di depan penyokong sendiri - dan Chelsea dibelenggu prestasi mengecewakan, terutama dalam pertandingan domestik.