LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Chelsea 'curi' seri di Paris, ikat Paris St-Germain 1-1

CHELSEA berjaya bertahan walau diasak bertubi-tubi oleh Paris St-Germain (PSG) bagi merampas keputusan seri 1-1 di Paris, yang memberinya kelebihan tipis dalam perlawanan kedua pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah di Stamford Bridge bulan depan.

Branislav Ivanovic membuka tirai jaringan pada minit ke-36 - jaringan pertama di Eropah sejak 2013 - apabila beliau menanduk masuk umpanan Gary Cahill.

Gol itu menyemarak PSG yang mempergiat serangan, sementara anak didik Jose Mourinho tampak bertekad mempertahankan kelebihan gol tunggal itu. Bagaimanapun, Edinson Cavani menyamakan kedudukan 10 minit selepas babak pertama bermula.

Ini bermakna Chelsea hanya perlu keputusan seri dalam perlawanan kedua di tempat sendiri minggu depan.

Sementara itu, Shaktar Donetsk mengikat juara Jerman Bayern Munich 0-0 selepas mengekang serangan Bayern yang menamatkan perlawanan dengan 10 pemain. Xabi Alonso dibuang padang selepas menerima dua kad kuning, dalam perlawanan Liga Juara-Juara ke-100 baginya.

Namun Bayern mempunyai kelebihan di perlawanan kedua di Allianz Arena bulan depan, di aman ia tidak pernah tewas sejak Oktober 2014.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 79
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.