Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Chelsea kalah lagi, Joao Felix dibuang padang dalam perlawanan pertama

Jan 14, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Fulham Marco Silva menyifatkan kemenangan 2-1 ke atas Chelsea sebagai sebuah "malam yang hebat untuk kelab dan penyokong" kelab London itu.



Dalam perlawanan 'derby London' di Craven Cottage itu, tuan rumah, Fulham menang hasil jaringan Carlos Vinicius pada minit ke-72 selepas pemain baru Chelsea Joao Felix dibuang padang dalam penampilan sulungnya apabila kedudukan masih 1-1.



Willian meletakkan tuan rumah di hadapan pada separuh masa pertama, sebelum Kalidou Koulibaly menyamakan kedudukan pada awal babak kedua.



Vinicius kemudian menanduk masuk gol kemenangan daripada hantaran lintang Andreas Pereira untuk memberi Fulham lima kemenangan berturut-turut.



Fulham kini berada di tangga keenam dalam Liga Perdana England (EPL) selepas menewaskan Chelsea.



Ini hanyalah kemenangan keempat Fulham dalam 53 perlawanan menentang Chelsea, dan menamatkan rentetan 20 perlawanan EPL tanpa kemenangan menentang The Blues sejak kemenangan 1-0 pada Mac 2006.



Suasana meriah menyelubungi kawasan stadium dalam kalangan penyokong tuan rumah di Craven Cottage semasa wisel penamat.



"Ia adalah malam yang hebat untuk penyokong kami dan mereka berhak untuk meraikan kemenangan.



"Cara mereka meraikan kemenangan adalah satu detik yang istimewa dan saya merasakannya pada wisel penamat.



"Pemain kami telah menunjukkan permainan yang cemerlang untuk setakat ini, tetapi kami tahu kami baru berada di pertengahan musim dan sebagai pengurus, saya rasa kami boleh memperbaiki cara kami bermain," kata Silva.



Keputusan itu meneruskan lagi kempen yang luar biasa untuk Fulham dan Marco Silva, yang memenangi promosi daripada Liga Championship musim lalu.



"Chelsea adalah pasukan yang hebat, mereka adalah kelab yang besar dan bajet mereka berbeza sama sekali berbanding dengan kami. Anda tidak boleh membandingkannya," tambah Silva.



Kekalahan Chelsea meningkatkan lagi tekanan kepada pengurus Graham Potter kerana The Blues setakat ini hanya menang dua dari 10 perlawanan dalam semua pertandingan.



Joao Felix, yang baru menyertai Chelsea pada Rabu lalu dalam perjanjian pinjaman sebanyak £9.7 juta ($15.7 juta) sehingga akhir musim daripada Atletico Madrid, telah dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan kasar kepada pemain pertahanan Kenny Tete pada minit ke-58.



Felix adalah pemain terbaik Chelsea sebelum dibuang padang. Beliau kini digantung untuk tiga perlawanan.



Apa yang menjadikan keputusan itu lebih istimewa buat Silva adalah Fulham berjaya menang tanpa penyerang utama mereka, Aleksandar Mitrovic, yang mempunyai 11 gol.



Namun, Vinicius terbukti menjadi timbalan yang mampu dan jaringannya membuatkan penyokong Fulham pulang gembira. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >