Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Chelsea kekal jurang lima mata di persada liga, Man City dan Man Utd menang perlawanan masing-masing

Mar 05, 2015 | 09:27 AM



CHELSEA kekalkan jurang lima mata dengan Manchester City di persada Liga Perdana England selepas ia menewaskan West Ham 1-0 dalam perlawanan sukar di Upton Park pagi Khamis.


City, yang menewaskan kelab corot Leicester City 2-0 di tempat sendiri semalam kini mempunyai 58 mata.


Gol tunggal Chelsea dijaringkan Eden Hazard pada minit ke-22 tetapi anak didik Jose Mourinho gagal menguasai permainan kerana ditentang hebat oleh West Ham, walau seteru London itu gagal menyumbat sebarang gol.


Sementara itu, Ashley Young menjadi wira Manchester United di St James' Park apabila beliau mengambil kesempatan kesilapan Tim Krul bagi menjaringkan gol tunggal perlawanan dan kemenangan pada minit ke-89. Tim Krul, yang bermain dengan cemerlang sehingga detik itu, menyepak bola ke arah Young yang merembat bola kemas bagi memperdaya Krul.


Kemenangan itu memelihara kedudukan United di tempat keempat liga, dengan pesaing terdekat bagi kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah - Liverpool, turut menang - 2-0 di ke atas Burnley.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >