CHELSEA mengukuhkan cengkamannya di tangga teratas Liga Perdana apabila pemain Sepanyol, Pedro, menjaringkan dua gol untuk membantu kelabnya mengatasi Bournemouth 3-0 kelmarin.
Kemenangan tersebut juga membolehkan Chelsea mencatatkan rekod kelab dengan 12 kemenangan berturut-turut dalam Liga itu.