Chelsea perkukuh kedudukan tetapi Liverpool terus dirudung malang

LONDON: Pasukan pendahulu, Chelsea, melebarkan jurang di tangga teratas Liga Perdana England (EPL) kepada sembilan mata daripada pesaing terdekat apabila sentuhan cemerlang bintang Brazilnya, Oscar, membantunya melenturkan cabaran 'degil' Queens Park Rangers di Stamford Bridge malam tadi.

Dengan perlawanan terikat tanpa gol, Oscar - yang menerima hantaran bola Cesc Fabregas - melepaskan rembatan kencang yang menyerung daripada sejauh 12 meter yang membolosi gawang QPR. Sekalipun Charlie Austin menyamakan kedudukan pasukan pasukan pelawat, gol penalti Eden Hazard selepas beliau dijatuhkan oleh Eduardo Vargas, memberikan tiga mata penuh kepada Chelsea.

Selain mengukuhkan kedudukannya di takhta EPL, anak didik Jose Mourinho mengekalkan permulaan cemerlang tanpa kalah sejauh musim ini.

Juara bertahan EPL, Manchester City, berpeluang mengurangkan jurang itu kepada enam mata jika ia menewaskan jiran dan musuh ketat, Manchester United lewat malam ini nanti.

Arsenal pula melompat ke tangga keempat dan memastikan pencabarnya, Burnley, masih mencari-cari kemenangan sulung musim ini selepas 10 perlawanan dengan kemenangan selesa 3-0 di Stadium Emirates.

Penyerang Chile, Alexis Sanchez, menyumbatkan dua gol Arsenal, dan satu lagi daripada Calum Chambers dengan kesemua golnya itu tiba dalam 20 minit terakhir permainan.

Naib juara EPL musim lalu, Liverpool, terus mempamerkan prestasi hambar apabila mengalami satu lagi kekalahan, kali ini 0-1 kepada Newcastle United. Ini tentunya petanda membimbangkan menjelang perlawanan penting Liga Juara-Juara bertandang ke padang Real Madrid Selasa ini.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.