LONDON: Tunggak pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic, memberi amaran kepada rakan sepasukannya supaya bangkit daripada permulaan lembap awal musim, apabila juara England itu membuka kempen Liga Juara-Juara Eropah menentang Maccabi Tel-Aviv hari ini (dinihari esok, waktu Singapura).
Pasukan pimpinan Jose Mourinho terdesak memulakan cabaran Kumpulan G ini dengan kemenangan penyuntik semangat selepas memulakan Liga Perdana dengan hambar - hanya satu kemenangan dalam lima perlawanan yang meletakkan kelab Stamford Bridge itu di tangga ke-17 liga.