Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Chelsea 'tersungkur' di St. James' Park

Dec 07, 2014 | 03:36 AM



PENYERANG Newscastle, Papiss Cisse, yang memulakan perlawanan di bangku simpanan memastikan pendahulu Liga Perdana England, Chelsea, mengalami kekalhan pertama mereka musim ini.


Pemain antarabangsa Senegal itu menjaringkan gol ke-enamnya musim ini empat minit selepas menggantikan Remy Cabella sebelum menggandakan jumlah jaringan 12-minit sebelum wisel penamat.


Newscastle berjaya menang meskipun pemain pertahanan mereka, Steven Taylor, dilayangkan kad merah pada babak-babak terakhir perlawanan dan penyerang Chelsea, Didier Drogba, merapatkan jurang gol pada minit ke-83.


Kekalahan itu merupakan yang ketiga berturut-turut bagi Chelsea di Tyneside sekali gus bermakna pengurus Chelsea, Jose Maourinho, yang menyifatkan anak buahnya sebagai pasukan lebih baik semalam, meskipun kalah, masih menanti kemenangan pertamanya di kubu Newcastle.


Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan penting EPL, Manchester City menang tipis 1-0 ke atas Everton hasil jaringan penalti Yaya Toure dalam separuh masa pertama. Namun,  penyerang handal, City, Sergio Aguero, terpaksa meninggalkan perlawanan setelah cedera. Berita buruk menjelang perlawanan genting Liga Juara-Juara Eropah City menentang AS Roma.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >