Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Chelsea terus dirundung malang, City turut kalah mengejut

Dec 06, 2015 | 09:09 AM



LONDON: Ia peluang keemasan bagi Chelsea terus menunjukkan peningkatan selepas permulaan awal musimnya yang terburuk sejak hampir 40 tahun tetapi menerima satu lagi tamparan apabila dikalahkan 0-1 oleh sebuah pasukan yang terkial-kial di bawah liga, Bournemouth awal pagi tadi (6 Disember).


Gol tandukan pada lewat permainan jaringan Glenn Murray memberikan Bournemouth kemenangan pertamanya sejak pertengahan September, sekali gus meningkatkan tekanan ke atas kelab Stamford Bridge itu.


Pengurus 'The Blues', Jose Mourinho, kelihatan berjaya menangkis tiupan 'taufan' kencang yang melanda pasukannya sejak awal musim selepas gawang Chelsea tidak dibolosi dalam tiga perlawanan terakhirnya sebelum ini.


Namun, kekalahan terbaru itu menyaksikan Chelsea, yang hanya tujuh bulan lalu menjulang mahkota Liga Perdana, tergelincir ke zon relegasi di samping menimbulkan tanya tanya baru mengenai masa depan pengurusnya dari Portugal itu.


"Saya fikir kami perlu memenangi perlawanan yang akan datang dan lupakan dahulu mengenai sasaran (menduduki empat tangga teratas liga)," ujar Mounrinho di akhir pertarungan.


"Adalah sukar lebih-lebih lagi dengan permainan kami yang tidak konsisten," tambahnya.


Dua jiran Manchester mengalami nasib berbeza.


Sedang pendahulu, Manchester City mengalami kekalahan mengejut 0-2 kepada Stoke City, United berpeluang melompat ke persada liga jika memenangi pertarungannya dengan West Ham United.


Malangnya bagi 'The Red Devils', anak didik Louis van Gaal melakukan 21 percubaan ke atas gawang West Ham tetapi gagal mendapatkan gol yang dicari dan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 0-0.


Arsenal, yang dilanda masalah kecederaan ke atas lapan pemain utamanya, naik ke tangga kedua dengan kemenangan 3-1 ke atas Sunderland. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >