Chelsea tidak sehebat Real

ISTANBUL: Chelsea dan Galatasaray seri 1-1 di Istanbul dalam perlawanan timbal balik pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah peringkat 16 pasukan pagi tadi.

Pasukan pimpinan Jose Mourinho mendahului pada awal separuh masa pertama menerusi gol Fernando Torres tetapi Galatasaray menyamakan kedudukan selepas sejam permainan menerusi jaringan pemain pertahanan Cameroon, Aurelien Chedjou.

Chelsea kini berharap meraih kemenangan untuk mara ke peringkat suku akhir dalam perlawanan di Stamford Bridge pada 18 Mac depan.

Sedang Chelsea mencatat keputusan hambar, Real Madrid pula mengatasi Schalke 04, dengan membelasah kelab Jerman itu 6-1, yang menjadi tuan rumah dalam perlawanan ini.

Karim Benzema, Gareth Bale dan Christiano Ronaldo setiap seorang menjaringkan dua gol.

Kecemerlangan Ronaldo sekaligus mengatasi Zlatan Ibrahimovic sebagai penjaring terbanyak kejohanan ini dengan 11 gol.

Gol Schalke 04 disumbangkan oleh penyerangnya, Klaas-Jan Huntelaar.

Real kini hampir pasti menempah tempat dalam saingan suku akhir biarpun perlawanan timbal balik kedua di Madrid hanya berlangsung pada 18 Mac. - AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.