JAKARTA: Pilihan utama, Chen Long, mengekalkan mahkota dunianya di sini semalam, menafikan Lee Chong Wei dari Malaysia, daripada memenangi pingat perseorangan lelaki untuk kali keempat berturut-turut.
Lee turun ke gelanggang untuk memburu mahkota dunia yang belum pernah dimenanginya, tetapi gagal melakukan apa-apa untuk menyekat pemain nombor satu dunia dari China itu daripada menang 21-14, 21-17 dalam tempoh lebih sedikit daripada satu jam.