Piala Liga England (Separuh Akhir)

City benam West Ham

REUTERS

LONDON - Alvara Negredo menjaringkan hat-trick untuk membantu Manchester City membenam West Ham United 6-0 dalam separuh akhir pertama Piala Liga lewat Rabu - tamparan terkini untuk kelab London yang corot dalam Liga Perdana England itu.

Kemenangan itu seolah-olah menjamin tempat untuk City dalam final di Wembley dan memahat statusny sebagai pasukan yang perlu digeruni musim ini melalui pertunjukan serangan kreatif yang turut menyaksikan Edin Dzeko (dua gol) dan Yaya Toure menyumbangkan gol.

Kekalahan itu bermakna gawang West Ham telah dibolosi lebih lima gol untuk kali kedua dalam empat hari selepas mereka ditewaskan 0-5 dalam Piala FA oleh kelab Liga Championship Nottingham Forest Ahad lalu.

Sementara City kini boleh berehat sementara menantoi separuh akhir kedua pada 21 Januari, West Ham dan pengurusnya Sam Allardyce kian dirundung malang dan tekanan untuk memperbaiki kedudukannya di tanga ke-19 Liga Perdana.

Jika mara ke final pada 2 Mac, City bakal bertemu Sunderland atau Manchester United.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.