City di tangga teratas lepas kalahkan Everton 2-0

LONDON: Kemenangan mengagumkan 2-0 Manchester City di Everton semalam (23 Ogos) menyamai rekod kemenangan sembilan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut kelab itu, tetapi lebih penting lagi ialah ia memberi amaran kepada pesaing mereka.

City belum menggugurkan sebarang mata sejak kekalahan 4-2 kepada Manchester United awal April lalu.

Prestasi hambar City pada musim lalu, dengan kekurangan lapan mata di bawah juara Chelsea, menyebabkan tidak ramai orang percaya kelab itu antara pilihan bagi kejuaraan musim ini.

Bagaimanapun, tiga kemenangan berturut-turut sejauh ini, termasuk 3-0 di rumah ke atas Chelsea, telah meletak City di tangga teratas liga. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.