City menang, 'derby Manchester' sulung Van Gaal berakhir dengan kekecewaan

LONDON: 'Derby Manchester' sulung pengurus baru United, Louis van Gaal, berakhir dengan kekecewaan apabila pasukannya tewas 0-1 kepada City dalam satu perlawanan Liga Perdana England (EPL) di Stadium Etihad yang baru berakhir tadi.

Gol tunggal kemenangan City jaringan Sergio Aguero memberikan pasukannya tiga mata penuh. Lebih penting lagi, ia mengembalikan pasukan pimpinan Manuel Pellegrini itu ke landasan kemenangan selepas mengalami kekecewaan dalam tiga perlawanan terakhirnya.

Dengan kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri, tugas City kelihatan lebih mudah menentang pasukan lawan yang bermain dengan 10 pemain untuk hampir 50 minit permainan selepas Chris Smalling dilayangkan kad kuning kedua tujuh minit sebelum rehat.

Ini membolehkan City menguasai pertarungan dan mungkin mencatatkan kemenangan lebih besar jika tidak mensesiakan beberapa peluang jaringan lain termasuk tandukan Yaya Toure dalam masa kecederaan yang tersasar.

Kemenangan itu membolehkan City merapatkan jurang dengan pendahulu EPL, Chelsea, kepada enam mata. City tergelincir ke tangga ketiga, dua mata di belakang Southampton yang meneruskan permulaan liga dengan cemerlang selepas menewaskan Hull City lewat kelmarin.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 74
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.