Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

City mesti 'hampir sempurna' untuk kejar Arsenal, pertahan mahkota liga: Guardiola

Jan 09, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Bos Manchester City Pep Guardiola berkata pasukannya perlu menunjukkan persembahan sempurna untuk mengejar pendahulu Arsenal bagi mengekalkan mahkota Liga Perdana England (EPL).



"Cara mengurangkan jurang ialah dengan bermain dengan baik dan memenangi perlawanan.



"Jika Arsenal meneruskan cara permainan mereka, mereka akan mendapat 100 mata atau lebih. Jika mereka meneruskan cara ini, kami tidak akan dapat mengejar mereka," kata Guardiola.



Mujur bagi Guardiola, pasukannya berjaya merapatkan jurang dengan Arsenal kepada lima mata dengan kemenangan ke atas Chelsea di Stamford Bridge Jumaat lalu.



Bercakap sebelum perjalanan ke Stamford Bridge, Guardiola menambah: "Kami mesti hampir sempurna (menang hampir semua perlawanan) dari sekarang hingga akhir musim, dan berharap Arsenal kalah beberapa kali.



"Mereka cemerlang dalam perlawanan sebelumnya menentang Newcastle."



Manchester City terkial-kial pada separuh masa pertama menentang Chelsea sebelum dua pemain gantian, Riyad Mahrez dan Jack Grealish, bergabung untuk memecahkan kebuntuan selepas 63 minit.



Grealish dan Mahrez masing-masing berada di padang hanya selama tiga minit dan 43 saat sebelum mereka bergabung untuk mendapatkan gol penting yang memberi City kemenangan atas Chelsea.



Penjaga gawang Chelsea Kepa Arrizabalaga gagal menangkap hantaran lintang Grealish dan Mahrez respons lebih cepat daripada pemain pertahanan Chelsea Marc Cucurella untuk menjaringkan gol.



Guardiola berkata: "Ia perlawanan sukar. Apa boleh saya katakan tentang Stamford Bridge? Tidak kira apa kedudukan anda apabila anda pergi ke sana, ia sentiasa sukar."



Pemain pertahanan City John Stones dipuji penyokong pada akhir perlawanan selepas satu lagi persembahan cemerlang.



Bek tengah berusia 28 tahun itu melakukan terjahan ke atas Pulisic dalam kotak penalti pada separuh masa pertama untuk menafikan Chelsea satu gol.



Rakan pertahanan Stones pula, Ruben Dias, terlepas perlawanan menentang Chelsea kerana kecederaan paha, pemain pertahanan muda Rico Lewis membuat penampilan pada separuh masa kedua menggantikan Joao Cancelo.



Guardiola berkata pemain England berusia 18 tahun itu bermain melebihi jangkaannya sebagai bek kanan.



"Apa yang beliau lakukan dalam tiga perlawanan terakhir menentang pasukan sukar dan di bawah tekanan besar menunjuk betapa bagus tahapnya.



"Lewis seorang pemain yang bijak dan boleh bermain di posisi berlainan.



"Kami gembira akademi kami menghasilkan seorang lagi pemain terbaik dan kami berharap beliau bersama kami untuk masa yang lama," tambah Guardiola. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >