Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

City tewaskan Dortmund, Chelsea seri

Sep 16, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Jaringan hebat Erling Haaland menyempurnakan kebangkitan dramatik Manchester City untuk menewaskan bekas kelabnya Borussia Dortmund dalam perlawanan kumpulan G Liga Juara-Juara di Stadium Etihad.



City bergelut menentang Dortmund, yang mendahului apabila Jude Bellingham menjaringkan gol daripasda hantaran lintang Marco Reus selepas 56 minit.



Pasukan Pep Guardiola bertungkus mencari inspirasi dan menemui gol penyamaan ketika berbaki 10 minit apabila pemain pertahanan John Stones melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Dortmund, Alexander Meyer.



Haaland menghasilkan detik istimewa empat minit kemudian, menunjukkan kebolehan luar biasa melompat dan menolak bola masuk daripada hantaran jauh Joao Cancelo.



Guardiola berkata jaringan itu mengingatkannya akan legenda bola sepak Belanda Johan Cruyff.



"Gol hebat. Saya teringat cara Johan Cruyff di Barcelona menjaringkan gol hampir sama ketika menentang Atletico Madrid. Cukup istimewa Erling mengulangi kehebatan Cruyff," kata Guardiola yang juga bekas pemain dan jurulatih Barca.



Namun, Guardiola tidak begitu gembira mengenai cara pemainnya mengawal permainan.



"Kami suka melakukannya saat akhir. Saya tidak sukakannya. Kami beraksi dengan gear salah hari ini. Tidak agresif, pasif. Lepas kami menukar rentak dengan Phil (Foden), Bernardo (Silva) dan Julian (Alvarez), kami lebih pantas dan menjaringkan dua gol hebat," katanya.



"Pada babak pertama John (Stones) mungkin tidak yakin melakukannya tetapi kami mendapat rentak, momentum dan kami kata OK ia akan berlaku. Menakjubkan dan saya gembira dengaannya.



"Mereka pasukan hebat, kami tahu. Kami tak cukup bagus hari ini. Namun, bagus kerana kami tidak mengalah. Adanya Julian dan Erling dalam kotak penalti telah membantu kami," kata Guardiola lagi.



Dalam perlawanan lain, Chelsea seri 1-1 dengan Red Bull Salzburg dalam perlawanan pertama di bawah pengurus baru Graham Potter.



Potter mengakui Chelsea perlu pertingkat prestasi selepas impiannya meraih kemenangan pertama musnah apabila Red Bull menjaringkan gol penyamaan pada lewat permainan.



Persembahan Chelsea hambar, sekali gus membayangkan tugas getir Potter untuk menaikkan kembali nasib skuad itu.



Dalam kumpulan F, pemain tengah Real Madrid Federico Valverde menjaringkan gol pada babak kedua, manakala Marco Asensio menjaringkan gol lewat bagi membolehkan juara bertahan itu menewaskan RB Leipzig 2-0 di padang sendiri.



Dalam kumpulan H, Benfica bangkit untuk meraih kemenangan 2-1 di Juventus menerusi jaringan Joao Mario dan David Neres.



Ia malam dukacita buat Juventus, yang tewas dua perlawanan peringkat kumpulan buat kali pertama dan tewas tiga kali berturut-turut dalam saingan kejohanan elit Eropah, juga kali pertama dalam 50 tahun. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >