LONDON: Sejarah menjadi inspirasi kepada Manchester City menjelang perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga dengan Everton dinihari esok.
Ia ketinggalan 1-2 selepas perlawanan pertama awal bulan ini dan perlu menterbalikkan keputusan itu bagi mencerahkan harapannya ke Wembley dan kekal bersaing dalam empat pertandingan.