Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Coe puji Beijing manakala Bolt dan Farah terus sinari Kejohanan Atletik Dunia

Aug 30, 2015 | 05:34 PM



BEIJING: Presiden baru Persekutuan Persatuan Atletik Antarabangsa (IAAF), Sebastian Coe, memberikan tanda jempol kepada Kejohanan Atletik Dunia yang menutup tirainya di Beijing, China, hari ini (30 Ogos).


"Saya gembira sekali. China menganjurkan kejohanan yang hebat dan ia begitu menakjubkan sekali," ujar Coe.


"Saya meninggalkan stadium dengan orang-orang yang pernah menghadiri beberapa kejohanan dunia lalu yang berkata ini (kejohanan anjuran China ini) mungkin antara yang terbaik dalam sejarah.


"Penontonnya hebat, stadium penuh, orang ramai yang riuh dan benar-benar meminati sukan ini serta atlit-atlit kelas dunia yang berada di tahap terbaik... semua orang gembira... ini satu kejohanan yang benar-benar hebat sekali," tambah legenda pelari jarak sederhana Britain itu yang mengambil alih teraju badan penguasa atletik dunia itu selepas menewaskan bekas bintang lompat bergalah Ukraine, Sergey Bubka, bagi mengisi jawatan presiden IAAF di Kongres Ke-50 yang juga berlangsung di sini baru-baru ini.


Beliau menggantikan Lamine Diack yang mengundurkan diri selepas berkhidmat selama 16 tahun.


Emas terakhir Kejohanan Dunia ini menjadi milik pelari Habsyah, Mare Dibaba, yang memenangi perlumbaan maraton wanita yang berlangsung pagi tadi.


Beraksi dalam cuaca yang dingin di hari penutup pertandingan ini, Dibaba mencatatkan masa dua jam, 27 minit dan 35 saat bagi memenangi emas pertama maraton bagi negaranya di Kejohanan Dunia.


Pelari Kenya, Helah Kiprop terpaksa berpuas hati dengan perak manakala gangsa dimenangi juara Asia dari Bahrain, Eunice Kirwa.


Sehari sebelum itu, raja pecut dunia, Usain Bolt, terus menyemarakkan kejohanan yang berlangsung di stadium ikonik Sarang Burung di Beijing ini apabila menerajui pasukan 4x00 meter Jamaica - yang termasuk Nesta Carter, Asafa Powell dan Nickel Ashmeade - semasa memenangi acara itu.


Ia juga adalah emas ketiga Bolt di Beijing selepas meledakkan kehebatannya dengan memenangi acara 100 dan 200 meter pecut - mengatasi jaguh pecut kontroversial Amerika Syarikat yang telah dua kali gagal ujian dadah, Justin Gatlin, dalam kededua perlumbaan glamor itu.


Acara 4x100 meter turut menyaksikan gandingan empat pelari China mencipta rekod hebat apabila memenangi pingat perak buat julung-julung kalinya dalam sejarah negara itu.


Gandingan Zhang Peimeng, Su Bingtian, Xie Zhenye dan Mo Youxue melonjak kegembiraan sebaik menamatkan perlumbaan di tempat ketiga - di bekalang Jamaica dan Amerika - tetapi kemudian mendapati mereka 'dinaikkan tangga' dan menang perak selepas penyertaan Amerika dibatalkan kerana pertukaran baton di luar zon yang ditetapkan.


Keputusan itu turut menyaksikan Canada, yang melintasi garis penamat di tempat keempat, memenangi gangsa.


Turut mendapat perhatian tentunya bintang perlumbaan jarak sederhana Britain, Mo Farah, dengan kejayaan 'hatrik berganda' di samping pencapaian rekod dunia baru daripada jaguh dekatlon Amerika, Ashton Eaton.


Farah muncul sebagai atlit pertama memenangi kededua kejuaraan jarak sederhana dunia di dua edisi Kejohanan Dunia dan Olimpik London 2012 menyusuli emas yang dimenangi melalui perlumbaan 5,000 meter kelmarin - tambahan kepada emas acara 10,000 meter yang dijuarainya beberapa hari sebelum ini.


Eaton pula membuktikan gelarannya sebagai atlit paling kuat di Beijing selepas mengatasi rekod dunia yang dimilikinya sendiri semasa menjuarai acara dekatlon - dianggap acara paling mencabar dalam sukan atletik.


Larian cemerlangnya bagi perlumbaan 1,500 meter menyaksikan Eaton menamatkan acaranya itu dengan 9,045 mata - rekod baru dunia - sebelum beliau rebah di balapan dalam kesakitan sedang penonton menyorak bagi menyambut kejayaan hebatnya itu.


Jamaica turut meneruskan monopoli perlumbaan berganti-ganti 4x100 meter apabila empat srikandinya yang diterajui Shelly-Ann Fraser-Pryce menamatkan saingan dengan amsa terbaik kejohanan - 42.03 saat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >