Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Conte: Masalah kecederaan menghambat kempen Chelsea

Oct 18, 2017 | 03:21 PM



LONDON: Pengurus pasukan Antonio Conte mengakui bahawa masalah kecederaan menjadi ancaman besar yang memusnahkan kempen Chelsea musim ini, berpunca daripada penambahan beban kerja ke atas skuad kendaliannya.



Chelsea tewas dua pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL), menentang Manchester City dan Crystal Palace menjelang aksi Liga Juara-Juara bertemu Roma di Stamford Bridge, awal pagi esok.



Pemain tengah Perancis, N'Golo Kante terpaksa disisihkan selama beberapa minggu susulan masalah hamstring, manakala pemain tengah England, Danny Drinkwater juga perlu berehat panjang susulan kecederaan betis.



Penyerang Sepanyol, Alvaro Morata terlepas aksi ketika Chelsea tewas mengejut 1-2 ke atas Palace, akibat masalah hamstring, dengan pemain sayap Nigeria, Victor Moses juga terpaksa dikeluarkan pada perlawanan itu akibat masalah sama.



Senarai panjang dalam skuad Chelsea yang berdepan kecederaan berbeza dengan apa yang dihadapi kelab itu musim lalu, dengan Conte mampu mengisi pemain yang hampir sama setiap minggu.



Musim lalu, The Blues boleh fokus sepenuhnya dalam kempen EPL selepas gagal layak ke peringkat Eropah - situasi yang berbeza musim ini apabila skuad bimbingan Conte tampak sudah berada di penghujungnya.



Sesetengah laporan mendakwa pengendali dari Itali itu menjalankan latihan cukup keras ke atas pemainnya, tetapi Conte meyakinkan jadual perlawanan yang padat mengganggu kecergasan pemainnya.



"Masalahnya ialah kami sentiasa bermain menggunakan pemain yang sama," kata Conte. "Dan kami juga mempunyai pemain dalam pasukan yang tidak biasa untuk bermain tiga perlawanan dalam tempoh seminggu.



"Bagi Kante, ini kali pertama buatnya. Bagi Moses, ia juga kali pertama. Bagi Morata, ini kali pertama di bermain secara kerap untuk pasukan dan ia juga sama untuk Alonso.



"Apabila kamu memiliki banyak perlawanan, kamu perlu menggilirkan pemain. Jika kamu tidak mampu lakukannya, saya perlu mengambil risiko.



"Sebagai contoh bertemu Manchester City, Morata mengalami kecederaan selepas 20 minit bermain. Tetapi jika saya tidak meletakkan Morata dalam kesebelasan utama, kamu perlu memberitahu yang saya gila. Kadang kala pemain perlukan rehat."



Conte sebelum ini meluahkan kekecewaannya dengan kegagalan Chelsea mendapatkan pemain berkualiti pada jendela perpindahan dan dilaporkan berang selepas kekalahan kepada Palace, Sabtu lalu.



Di sebalik kempen mengecewakan di pentas domestik, moral Chelsea dalam aksi Eropah tinggi ketika bertemu Roma selepas mencatat dua kemenangan dalam dua aksi awal menentang Qarabag dan Atletico Madrid untuk menduduki tangga teratas Kumpulan C. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >