Copa America: Argentina menang mudah 3-0 ke atas Bolivia

SEATTLE (Amerika Syarikat): Argentina mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di Copa America Centenario pada Selasa (14 Jun) dengan kemenangan 3-0 ke atas Bolivia.

Pasukan pilihan itu, yang sudah mendapat tempat dalam suku akhir selepas mengalahkan Chile dan Panama, menamatkan kempen peringkat Kumpulan D mereka dengan kemenangan mudah di Seattle CenturyLink Field.

Kemenangan itu menyaksikan Argentina mara ke suku akhir sebagai juara kumpulan, memberi mereka dari segi teori tugas mudah menentang Venezuela pada Sabtu.

Juara dunia dua kali itu mampu tidak menurunkan Lionel Messi dalam kesebelasan utama mereka selepas persembahan hatriknya semasa menentang Panama.

Perlawanan dengan Bolivia itu boleh dikatakan selesai dalam masa 15 minit apabila pemain sayap Erik Lamela membuka jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-13 dan dua minit kemudian, Ezequiel Lavezzi menyumbatkan gol daripada tendangan sangga dari jarak dekat selepas tandukan Gonzalo Higuain.

Pemain pertahanan tengah, Victor Cuesta, menjadikan kedudukan 3-0 sejurus selepas setengah jam, hasih hantaran rendah Lavezzi.

Messi dimasukkan pada separuh kedua tetapi tidak dapat menjaringkan gol antarabangsa ke-54nya untuk menyamakan rekod panjang Gabriel Batistuta. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.