CHICAGO: Chile mara ke final Copa America Centenario selepas mengalahkan Colombia 2-0 dalam perlawanan di Soldier Field, Chicago, pada awal pagi Khamis (23 Jun).
Ia akan menentang Argentina dalam final pada Ahad ini di Stadium MetLife di New Jersey.
Perlawanan separuh akhir itu terpaksa ditangguhkan dua jam selepas separuh masa pertama, sedang Chile mendahului 2-0, disebabkan hujan dan petir.
Gol juara bertahan Chile dijaringkan oleh Charles Aranguiz pada minit ketujuh dan Jose Pedro Fuenzalida pada minit ke-11. - Agensi