Copa del Rey: Sevilla akan temu Barcelona di final

MADRID: Sevilla akan bertemu Barcelona dalam perlawanan akhir Copa del Rey selepas ia seri 2-2 dengan Celta Vigo pada Khamis (11 Feb), lantas menang perlawanan separuh akhir dengan agregat 6-2.

Pasukan Unai Emery itu telah mengenakan kekalahan besar ke atas Celta pada perlawanan pertama minggu lalu di rumah, apabila ia menang 4-0.

Namun, Celta membuat Sevilla risau kerana mereka mendahului 2-0 hasil dua gol dalam setiap babak oleh Iago Aspas.

Bagaimanapun, Ever Banega cepat merapatkan jurang perlawanan kedua itu, sementara tendangan penalti penyerang Celta, John Guidetti, terkena tiang selepas beliau dijatuhkan dalam kotak penalti oleh penjaga gol Sergio Rico.

Sevilla kemudian menyamakan kedudukan apabila Vitolo memberi Yevhen Konoplyanka bola untuk menjaringkan gol mudah.

Sevilla dan Barcelona, yang bertemu pada perlawanan akhir UEFA Super Cup di Tbilisi pada permulaan kempen dengan Barca menang 5-4 pada masa tambahan, akan bertembung sekali lagi dalam perlawanan akhir Copa del Rey, yang dijadualkan pada 21 Mei di tempat yang belum diputuskan.

Barcelona juara bertahan, sementara Sevilla kali terakhir menjulang tarofi itu pada 2010, apabila ia mengalahkan Atletico Madrid 2-0. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 60
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.