Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Cristiano Ronaldo di S’pura bagi hujung minggu #BeSIUPER pada 2-3 Jun

May 31, 2023 | 05:09 PM



BINTANG bola sepak Cristiano Ronaldo akan berada di Singapura pada Jumaat dan Sabtu untuk acara yang dipanggil hujung minggu #BeSIUPER.

Pemenang lima kali Ballon d’Or itu, yang berpindah ke kelab Arab Saudi Al Nassr pada bayaran AS$200 juta ($270.4 juta) pada Januari, akan mengunjungi kota Singa bagi menyokong beberapa biasiswa yang dibangunkan kawan lamanya, dermawan Peter Lim.

Pada Jumaat, pemain berusia 38 tahun itu akan berkongsi lebih mengenai pemikiran #BeSIUPER yang beliau terapkan bersama lebih 200 benefisiari Biasiswa Lembaga Taman Negara (NParks)-Peter Lim, yang bertujuan menekankan kesedaran kemampanan dan perlindungan persekitaran.

Diinspirasikan oleh sambutan “Siu” beliau dalam perlawanan, #BeSIUPER adalah motivasi Ronaldo untuk belia memupuk sikap positif dan ingin menang.

Pada 2020, Lim, seorang usahawan Singapura, menderma $10 juta untuk memulakan biasiswa bersama NParks bagi membantu belia daripada latar belakang susah yang layak meneruskan minat mereka dan mengembangkan kemahiran mereka dalam bidang pelandskapan, hortikultur, ekologi, veterinar dan sains haiwan. 

Sejak itu, ia telah menyampaikan 537 anugerah pengajian bernilai $1.3 juta kepada pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik, Akademi Seni Halus Nanyang dan universiti tempatan.

Pada Sabtu, penyerang Portugal itu akan bertemu lebih 1,000 anak muda untuk menyokong Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura-Peter Lim.

Selain beramah-tamah bersama mereka, beliau dijangka menyertai beberapa pemain muda bermain ‘padel’ dalam acara Fun Fest di Marine Parade Cluster. 

‘Padel’ adalah sukan raket yang merupakan campuran tenis dan skuasy yang dimainkan secara beregu di gelanggang tertutup yang kecil sedikit daripada gelanggang tenis.

Lawatan Ronaldo dianjurkan oleh Mint Media Sports, yang memiliki hak imej untuk bintang antarabangsa sepertinya.

Ini bukan kali pertama beliau ke sini. Bagi menyokong Biasiswa Yayasan Olimpik Singapura-Peter Lim, beliau melawat Sekolah Rendah Yumin di Tampines pada 2019 dan Sekolah Menengah Crest di Jurong East pada 2013.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >