Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Cristiano Ronaldo tolak tawaran $457j untuk sertai kelab China: Ejen

Dec 30, 2016 | 02:52 PM



MADRID: Pemain Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo, menolak peluang meninggalkan Real Madrid untuk menyertai sebuah kelab China yang tidak dinamakan pada bayaran perpindahan sebanyak 300 juta euro ($457 juta), menurut ejennya pada Khamis (29 Dis).



Bercakap kepada Sky Italia semasa majlis Anugerah Bola Sepak Globe di Dubai, Jorge Mendes berkata perjanjian itu akan bernilai 100 juta euro setahun bagi Ronaldo.



"Dari China mereka menawarkan 300 juta euro kepada Real Madrid dan lebih 100 juta setahun kepada pemain itu," Mendes ditukil.



"Tetapi wang bukan segala-galanya. Real Madrid adalah hidupnya. Cristiano gembira di Real Madrid dan mustahil untuk pergi ke China.



"Pasaran China adalah pasaran baru. Mereka boleh beli banyak pemain tetapi sekali lagi, adalah mustahil untuk mendapatkan Ronaldo."



Berita mengenai tawaran yang dibuat kepada Real, juara Eropah, itu datang pada hari sama penyerang Argentina Carlos Tevez menyertai sebuah pasukan Liga Super China, Shanghai Shenhua, daripada Boca Juniors.



Tiada maklumat kewangan didedahkan tetapi laporan media berkata Shenhua membayar 84 juta euro bagi bekas pemain Manchester City dan Manchester United itu.



Pemain tengah Brazil Oscar minggu lalu menyertai musuh tempatan Shanghai SIPG daripada Chelsea pada bayaran yang menurut laporan media sebanyak 60 juta euro. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >