Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Crystal Palace dalam kedudukan 'lega'

Apr 17, 2014 | 02:21 PM



PASUKAN bolasepak Crystal Palace kini berada di posisi yang selamat daripada zon penyingkiran - menduduki tangga ke-11 dengan 40 mata - dalam Liga Perdana Inggeris.


Ini menyusuli kejayaan mereka menewaskan Everton 3-2 dalam pertandingan yang berlangsung awal pagi tadi.


Kegagalan Everton itu bermakna pasukan Toffees itu gagal memanfaatkan peluang untuk merebut tempat keempat liga.


Everton yang kini menduduki tangga kelima dengan perbezaan satu mata di belakang Arsenal (66 mata).


Dalam perlawanan awal pagi tadi, Everton gagal mengekang serangan pemain Crystal Palace, Jason Puncheon, yang membuka jaringan pada minit ke-22.


Scoot Dann menambah satu lagi gol minit ke-48 sebelum pemain tuan rumah, Steven Naismith menyumbat gol pertama untuk Toffees.


Bagaimanapun Cameron Jerome memastikan kunjungan mereka ke Goodison Park tidak disia-siakan dengan mengukuhkan kedudukan gol ketiga pada minit ke- 72.


Anak buah Roberto Martinez ini cuba bangkit, namun sudah terlewat untuk mencari mata penyamaan biarpun Kevin Mirallas berjaya menambah jaringan kedua Everton minit ke-85.


Kemenangan ini meletakkan Crystal Palace di kedudukan yang ke-11, posisi yang selamat daripada zon penyingkiran.


Manakala keputusan ini juga pastinya memberi sedikit memberi kelegaan kepada Arsenal yang kini menduduki tangga keempat, peluang untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan.


Manakala keputusan ini juga pastinya memberi sedikit memberi kelegaan kepada Arsenal yang kini menduduki tangga keempat, peluang untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >