Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Cuaca panas tidak halang Medvedev atasi Rublev

Sep 07, 2023 | 12:00 PM



NEW YORK: Daniil Medvedev mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat selepas menewaskan Andrey Rublev dalam keadaan panas dan lembap yang menurutnya boleh menyebabkan pemain ‘meninggal dunia’.


Beliau kelihatan sukar bernafas tetapi menang 6-4 6-3 6-4 semasa menentang rakan senegaranya dari Russia itu.

Medvedev memenangi satu-satunya Grand Slamnya di Terbuka Amerika pada 2021 selepas menewaskan Novak Djokovic dalam peringkat akhir.

Beliau akan menentang juara bertahan Sepanyol, Carlos Alcaraz atau Alexander Zverev dari Jerman dalam separuh akhir pada Jumaat.

Rublev yang merupakan pemain kelapan dunia, gagal mara ke separuh akhir kejohanan utama dalam sembilan percubaan.

Dengan gelombang panas yang melanda New York, perlawanan itu dimainkan di bawah bumbung tertutup separuh semasa hari terpanas kejohanan setakat ini.

Suhunya dikata meningkat kepada 35 darjah Celsius pada Rabu.

Kededua pemain kelihatan letih secara fizikal dan beremosi apabila Medvedev akhirnya menamatkan perlawanan selepas dua jam 48 minit, sebelum beliau membandingkan keadaan ‘kejam’ itu dengan cuaca yang dialaminya semasa Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Saya lihat satu-satunya perkara baik dalam keadaan ini adalah kededua pemain menderita. Ia sukar untuk kami berdua,” katanya dalam satu temu bual di gelanggang.

Kededua pemain mengambil masa rehat yang lama antara set untuk berehat seketika akibat kepanasan dan menukar pakaian mereka yang basah kuyup akibat berpeluh.

Mereka juga menyiram diri mereka dengan air sejuk, duduk di bawah tuala ais dan memanfaatkan sepenuhnya unit hawa dingin di tempat duduk mereka.

“Pada hujung set pertama, saya tidak dapat melihat bola lagi. Saya bermain mengikut rentak – cuba mengejar, berlari , menangkap bola – dan Rublev kadang-kadang melakukan perkara yang sama,” kata Medvedev.

Walaupun Medvedev berjaya mara ke empat peringkat akhir Grand Slam dan memenangi satu daripadanya, Rublev – yang mencecah kedudukan 10 teratas dunia pada Oktober 2020 – masih berjuang untuk ke separuh akhir utama pertamanya.

Mereka merupakan kawan baik sejak berusia enam tahun dan Rublev merupakan bapa angkat kepada anak perempuan Medvedev, dan Medvedev memanggil Rublev ‘ahli keluarganya’ sebelum pertemuan pusingan lapan terakhir mereka di Stadium Arthur Ashe.

Rublev berjaya mendahului pada permulaan setiap set, tetapi Medvedev dapat mengubah rentak perlawanan walau pun Medvedev mengambil masa rehat untuk menggunakan ‘inhaler’ ketika beliau sukar bernafas.

Selepas ketinggalan empat mata perlawanan kepada servis Rublev, Medvedev akhirnya meraikan kemenangan apabila pukulan Rublev terkena jaring.

“Saya tahu beliau tidak pernah berputus asa. Namun, beliau pun tahu saya tidak pernah putus asa juga,” kata Medvedev.

Medvedev telah menemui rentak permainannya di New York, hanya kekalahan dua set dalam perjalanan ke separuh akhir. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >