Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Dakwaan dadah meluas atlit Russia: Presiden Putin gesa 'lakukan segalanya' untuk basmi gejala

Nov 12, 2015 | 06:46 PM



MOSCOW: Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, semalam (11 November) menegaskan bahawa negaranya perlu "melakukan segalanya" untuk membasmi penyalahgunaan dadah terlarang serta mengarahkan siasatan dijalankan ke atas segala dakwaan pengunaan dadah secara meluas di kalangan atlitnya sedang negara itu menghadapi risiko dipulaukan daripada sukan antarabangsa.


Moscow kini terdesak memberikan responsnya menyusuli laporan mengemparkan yang diterbitkan oleh suruhanjaya cegah dadah bebas di bawah Agensi Anti-Dadah Dunia (Wada) - yang mendapati penyalahgunaan dadah secara sistemik di kalangan atlit dan pegawai Russia - dengan mengumumkan bahawa pakar luar akan dibenarkan mengambil alih makmal ujiannya yang dipertikaikan itu.


Badan penguasa atletik dunia, Pertubuhan Persekutuan Atletik Antarabangsa (IAAF), memberikan Russia tempoh sehingga esok (13 November) untuk mengemukakan jawapan di atas segala tuduhan itu - yang turut menyaksikan Presiden Putin menemui ketua sukan negara itu di Sochi, bandar yang menjadi hos kepada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014.


Kegagalan memberikan jawapan yang munasabah tentunya meningkatkan lagi risiko melihat Russia dihumban daripada temasya Olimpik Rio tahun depan di tengah-tengah dakwaan serius wujudnya 'tajaan pemerintah' bagi kes-kes penyalahgunaan dadah di kalangan atlit mereka.


"Kami perlu melakukan segalanya untuk menghapuskan masalah ini," ujar Presiden Putin di sidang mesyuarat yang seharusnya membincangkan persiapan atlit-atlit negara itu menghadapi Olimpik Rio tahun depan.


"We perlu menjalankan siasatan dalaman sendiri," katanya sambil memberitahu pegawai sukannya agar memberikan "kerjasama penuh profesional dan terbuka sekali kepada pegawai penguasa anti-dadah antarabangsa.


Ini adalah kali pertama pegawai tertinggi Russia itu, yang dikenali sebagai seorang yang aktif bersukan, menyuarakan pandangannya secara terbuka di atas dakwaan yang menggegarkan dunia atletik - dibuatoleh suruhanjaya bebas Wada yang diketuai Dick Pound - awal minggu ini.


Presiden Putin turut mengulangi permintaan Jawatankuasa Olimpik Russia agar tidak memandamkan impian atlit-atlit mereka yang 'bersih' dan hukuman seharusnya dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah.


"Jika seseorang melanggar peraturan menggunakan dadah terlarang, individu itu seharusnya memikul tanggungjawab itu.


"Mereka yang tidak pernah menyentuh dadah pula tidak seharusnya dihukum sama seperti mereka yang bersalah," ujar pemimpin Kremlin itu lagi.


Sehubungan ini, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach, melahirkan "rasa sedih dan terkejutnya" dengan skandal dadah terbaru yang menggegarkan Russia tetapi menegaskan ketua IAAF yang baru, Sebastian Coe, sebagai orang yang tepat yang dapat 'membersihkan arena atletik yang tercemar itu'.


IAAF dijadualkan mengadakan pertemuan di Monaco esok untuk membincangkan laporan dan saranan Wada yang menyarankan Russia digantung daripada atletika antarabangsa. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >