JIKA sebelum ini Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) diberi 'kebebasan' mengurus dan mentadbir dana tahunan yang diperolehinya, ia tidak dapat melakukannya lagi mulai tahun ini.
Ini kerana mulai 2017, dana tahunan sekitar $25 juta yang diterimanya daripada Lembaga Tote bagi pembangunan bola sepak setempat dan menganjurkan liga profesional, Liga-S, akan diuruskan oleh Sport Singapore (SportSG) - badan peringkat nasional yang mentadbirkan persatuan sukan setempat - sebelum ia sampai kepada FAS.